Jumaat, 13 Disember 2019

Sinn Féin & Abstentionism

United Kingdom merupakan sebuah negara yang mempunyai wilayah-wilayah yang giat memperjuangkan idea kemerdekaan dari UK.

Scotland & Ireland Utara adalah dua wilayah yang memiliki parti politik yang giat memperjuangan kemerdekaan wilayah masing-masing dari penguasaan UK.

Scotland sebagai contoh mempunyai parti Scottish National Party (SNP) yang berjuang bagi mewujudkan Scotland yang merdeka. Di bawah kepimpinan Alex Salmond, SNP berjaya mendesak kerajaan UK untuk mengadakan referendum kemerdekaan Scotland pada 2014. Ianya walau bagaimanapun gagal dengan lebih 55 peratus rakyat Scotland memilih untuk kekal bersama UK.

Di Ireland Utara pula antara parti yang giat memperjuangkan kemerdekaan Ireland Utara adalah parti Sinn Féin (SF). Sinn Féin, parti yang mempunyai sejarah panjang sehingga ke 1905, merupakan sayap politik Provisional Irish Republican Army (IRA), iaitu antara pihak yang terlibat di dalam kancah 'The Troubles', waktu di mana kekacauan timbul antara pihak yang inginkan kemerdekaan Ireland Utara dan kerajaan UK.

Perjuangan Sinn Féin di medan politik UK adalah bersandarkan prinsip 'abstentionism', secara bahasa mudahnya prinsip ketidakhadiran.

[Di bawah undang-undang UK, ahli Parlimen yang gagal menghadiri sidang parlimen tidak akan dibatalkan keahlian sebagaimana di Malaysia.]

Sinn Féin selaku parti yang memperjuangankan kebebasan Ireland Utara tudak mengiktiraf autoriti Westminster selaku badan yang berkuasa meluluskan undang-undang di UK. Walaupun Sinn Féin turut mengambil bahagian di dalam pilihanraya UK, mereka mengambil sikap untuk tidak mengiktiraf autoriti Westminster dengan tidak mengambil bahagian dalam apa sahaja urusan Westminster. Ini termasuklah perbahasan, undian usul dan apa sahaja yang berkaitan dengan Westminster. Mereka juga tidak akan menghadiri apa-apa persidangan Westminster walaupun telah diundi dan memenangi kerusi di Westminster. Ahli parlimen Sinn Féin juga tidak akan mengangkat sumpah selaku ahli Parlimen di hadapan Ratu Elizabeth.

Walau bagaimanapun selaku ahli Parlimen yang dilantik oleh rakyat, ahli-ahli Parlimen Sinn Féin masih berkhidmat di kawasan Parlimen masing-masing. Mereka hanya tidak mengiktiraf autoriti Westminster ke atas Ireland Utara.

Pendirian Sinn Féin ini bagaimanapun tidak dikongsi oleh parti Democratic Unionist Party (DUP) yang bukan sahaja menghadiri Parlimen malah mereka juga bersetuju untuk menyokong kerajaan Konservatif di bawah Theresa May yang gagal memperolehi kerusi majoriti di Westminster.

Dan pasca pilihanraya UK 2019, Sinn Féin yang berjaya memperolehi 7 kerusi Parlimen dijangka akan terus kekal dengan prinsip 'abstentionism' mereka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan