Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen ala Westminster, Menteri-Menteri di Malaysia adalah bertanggungjawab secara bersama atas segala keputusan yang diambil oleh Jemaah Menteri.
Tanggungjawab bersama bermaksud sekalipun seseorang Menteri itu tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri, dia tetap terikat dengan keputusan itu dan hendaklah mempertahankannya di khalayak awam. Seseorang Menteri itu tidak boleh membuat apa-apa tindakan yang boleh membawa maksud bahawa dia tidak bersetuju dengan keputusan itu di khalayak awam. Apa-apa sahaja yang sudah diputuskan wajib dipertahankan seolah-olah itu jugalah pendiriannya sedari awal. Sekiranya dia tidak mampu untuk mempertahankan keputusan ini, maka dia harus meletakkan jawatan [1].

Rujukan hendaklah dibuat kepada Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan di mana dinyatakan bahawa:
Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.
Falsafah kepada prinsip ini adalah dalam sistem demokrasi berparlimen ala Westminster, cabang Eksekutif dan Legislatif adalah saling berkaitan di mana anggota cabang Eksekutif adalah juga (kebiasaannya) ahli cabang Legislatif. Sekiranya seorang Menteri itu diberi kebebasan untuk menentang keputusan Jemaah Menteri (yang mewakili cabang Eksekutif), maka akan wujud kebarangkalian kegagalan kerajaan untuk mempertahankan keputusannya di hadapan cabang Legislatif.
Apabila cabang Legislatif menolak dasar kerajaan, ia bermaksud satu undi tidak percaya kepada kerajaan. Maka secara konvensyen, kerajaan pada hari itu harus meletakkan jawatan bagi membolehkan kerajaan baru dilantik.
Oleh kerana 1MDB adalah keputusan yang sudah dipersetujui oleh Jemaah Menteri, maka adalah satu kewajipan bagi setiap Menteri untuk mempertahankannya. Tidak timbul isu berbeza pandangan di khalayak kerana ia jelas menyalahi prinsip tanggungjawab bersama. Jadi sekiranya wujud kata dua dari Perdana Menteri bahawa Menteri yang tidak bersetuju dengan 1MDB perlu meletakkan jawatan, ini bukanlah satu kesalahan dari sudut demokrasi berparlimen.
Walaupun seorang Menteri itu memegang jawatan atas perkenan Yang Di-Pertuan Agong, ia tetap tertakluk kepada kuasa Perdana Menteri memberi nasihat kepada Yang Di-Pertuan Agong dalam urusan berkaitan pelantikan Jemaah Menteri. Dan Yang Di-Pertuan Agong adalah terikat dengan nasihat Perdana Menteri. Rujukan harus dibuat kepada Perkara 43 (5) yang menyatakan bahawa:
Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.---
[1] Jewa, T., Buang, S., & Merican, Y. (Eds.). (2007). Tun Mohamed Suffian's An Introduction to the Constitution of Malaysia (3rd ed., p. 61). Petaling Jaya, Selangor: Pacifica Publications.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan